PETISYEN OLEH IBU BAPA/PENJAGA SUPAYA PELAJAR TIDAK PULANG KE UPNM.
PETISYEN DIISI OLEH IBU BAPA/PENJAGA BAGI PELAJAR UPNM SAHAJA
KAMI SEBAGAI IBU BAPA/PENJAGA BAGI PELAJAR UPNM TIDAK BERSETUJU DENGAN KEPUTUSAN BAHAGIAN HAL EHWAL PELAJAR UNIVERISTI UNTUK MENYURUH ANAK KAMI PULANG.
1. KES HARIAN MASIH TINGGI WALAUPUN PROGRAM VAKSINASI SUDAH PUN MENCAPAI PERATUSAN YANG TINGGI
2. WALAUPUN LENGKAP DIVAKSIN NAMUN MASIH BOLEH DIJANGKITI SEHINGGA MENYEBABKAN KEMATIAN.
3. MENTERI KESIHATAN DAN PENGARAH VAKSINASI MASIH BELUM YAKIN TENTANG DOS KE-3 SAMA ADA DIPERLUKAN UNTUK VARIAN DELTA DAN VARIAN BARU YANG AKAN DATANG.
4. WALAUPUN PULANG KE UNIVERSITI, PELAJAR MASIH LAGI BELAJAR SECARA "ONLINE".
5. PERANTI 'WIFI' DI UNIVERSITI TIDAK KUAT DAN TAK MAMPU MENAMPUNG JUMLAH PELAJAR YANG BANYAK UNTUK MENGGUNAKANYA, MENYEBABKAN PELAJAR GAGAL MEMASUKI KELAS "ONLINE".
6. LATIHAN PALAPES BOLEH DIBUAT SECARA "ONLINE" DAN TAK PERLU DIBUAT SECARA BERSEMUKA BAGI MENGURANGKAN KEBERJANGKITAN. KEBANYAKAN UNIVERSITI MENJALANKAN LATIHAN SECARA "ONLINE".
7. PELAJAR TAHUN AKHIR PERLU FOKUS UNTUK KERTAS AKADEMIK (FYP) YANG SUSAH DAN BUKAN MENYIBUKKAN DIRI DENGAN AKTIVITI UNIVERSITI YANG MENGANGGU DAN TIDAK MENDATANGKAN MANFAAT.
8. JIKA PULANG KE UNIVERSITI, PELAJAR SABAH/SARAWAK DAN YANG DUDUK JAUH PERLU MENGELUARKAN KOS YANG TINGGI. EKONOMI PERKAPITA SEKARANG TIDAK LAGI SETINGGI YANG DAHULU. BANYAK KELUARGA YANG TERBEBAN.
9. KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI TIDAK LAGI MENGELUARKAN HITAM PUTIH ATAU SEBARANG KENYATAAN UNTUK MEMBENARKAN PELAJAR PULANG.
10. SEBELUM INI PELAJAR SUDAH PULANG KE UNIVERSITI TANPA DIVAKSIN, NAMUN MASIH TIADA APA-APA YANG DILAKUKAN DI UNIVERSITI.
11. PELAJAR PERLU KAN KOS PERBELANJAAN YANG TINGGI SEKIRANYA TINGGAL DI UNIVERSITI.
IBU BAPA / PENJAGA PELAJAR UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA Contact the author of the petition